Assalamualaikum..



Selamat Datang....



ke Blog Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan



PAS Kawasan Rembau, Negeri Sembilan.



Monday, August 23, 2010

Jejak Ukkhuwah Ramadhan 22.8.2010

Assalamualaikum,

Alhamdulillah semalam 22.8.2010, siri kedua penghantaran sumbangan bagi Jejak Ukkhuwah Ramadhan 2010 di kawasan kota dapat dijalankan. Siri pertama minggu lepas di Chembong bersama Yb Taufik, Rozmal dan Izamri.
Beberapa orang Ahli Lajnah Kebajikan berkesempatan hadir dengan bantuan berapa orang sahabat setempat untuk menziarahi penerima sumbangan. Yang berkesempatan hadir semalam ialah Hamizi, Shahrizal, Hj. Ramli, Hj. Mohd Nor dan Wan, ahli kat semerbok- siap bagi pick up dia lagi utk hantar sbb jalan teruk di setengah2 lalauan. Terima Kasih Wan.

Bermula solat Zohor berjamaah di Masjid Kota, pastu pack barang dan jalan.

Alhamdulillah rombongan sempat menziarahi sebanyak 22 buah rumah di Semerbok dan Sawah  Raja. Cuma terkilan sikit sebab tak berkesempatan ambil semua gambar. Cuma yg kemudian saja dua tiga buah rumah.

Paling kurang semalam ada dua penerima yg sangat bersyukur atas kedatangan kami sbb dah putus barangan keperluan dapur. Mereka menunggu bantuan JKM yg masih belum tiba. Kebanyakan mereka tidak bekerja dan cuma mangharapkan bantuan orang ramai dan JKM sahaja.



Kebanayakan penerima sumbangan adalah warga emas yang tinggal dgn anak dan cucu. 

Di Semerbok rombongan selamat mengedarkan sumbangan kepada 6 keluarga, cuma seorang dari mereka yang tersenarai dalam penerima sumbangan oleh MB N9 yang memberikan sumbangan di Masjid Semerbok 2-3 hari sebelumnya.


 

Terima kasih kepada semua sahabat yang sudi membantu. InsyaAllah hujung minggu depan kita turun lagi. Harap lebih ramai ahli dapat turun supaya lebih ramai penerima dan lebih cepat urusan pengagihan.

Sekian.
Abdul Roni.
Ketua Lajnah.



  

No comments:

Post a Comment