Assalamualaikum..



Selamat Datang....



ke Blog Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan



PAS Kawasan Rembau, Negeri Sembilan.



Sunday, August 29, 2010

Jejak Ukhuwah 29.8.2010

Alhamdulillah sekali lagi rombongam lajnah dapat mengedarkan sedikit sumbangan di Kampung Kundur Hilir, Kampung Batu Hampar dan Kampung Tiga Nenek.

Terima kasih pada sahabat2 yang sanggup mengorbankan masa pd hari tersebut.  Izamri, Pengarah unit Amal N9, Tn. Syed Johari, Hamizi, Abdul Roni dan Us. Nazri Yusoff. Terima kasih juga buat wakil kita di kampung Kundur Hilir yang mengatur kan program serahan untuk anak yatim dan menunjuk jalan. Tak lupa buat semua penyumbang yang merealisasikan program ini. Tanpa mereka, siapalah kita. Semoga Allah menambahkan rezeki mereka dan keluarga.

Program kat Kg. Kundur hilir bermula dgn penyerahan sumbangan kpd 6 orang anak yatim yang dikumpulkan. Lepas tu rombongan menziarahi Pak Lang Maulud yg rumahnya berdekatan dgn Masjid. Malangnya Pak lang tak de, jadi ziarah rumah je la. Pak lang ni ada dua rumah, baru dan lama. Dia boleh pilih mana dia suka nak tinggal. Tapi masih pilih nak tinggal rumah lama.

Rumah baru......

Dan rumah lama....  

Pak Lang ni tinggal berseorangan, tiada keluarga dan pendapatan. Akhirnya robongan sempat juga berjumpa Pak Lang di penghujung program agihan, tu pun sebab berhenti lama kerna ada sedikit masaalah pada kenderaan yg membawa barang sumbangan.

Izamri bersama Pak Lang...... Ala2 A. Samad Said gitu.....

Rombongan sempat juga memberikan sumbangan kepda tiga orang warga emas tetapi masih tinggal dengan keluarga. 

Kebayankan agihan terpaksa menggunakan kapcai di sebabkan kesukaran memasuki kawasan dengan kereta. ..

Sebuah rumah orang kurang upaya dan adiknya, juga di ziarahi. Rumah PPRT bersebelahan antara satu sama lain... 


Disebabkan ramai penerima yang tersenarai tiada di kediaman masing2, baki baranagan serahan diberikan kepada wakil kita di Kg Kundur Hilir untuk disampaikan.

Sebelum Zohor ada sedikit perbincangan antara rombongan mengenai Saudara baru yang meningal dunia selepas kemalangan di kota, jadi rombongan cuba menziarahi rumahnya di Pekan Pedas. Isteri mangsa dan anak2(4 orang) telah meninggal kan kediaman mereka dirumah PPRT Pedas. Ini isu besar yang perlu di ambil perhatian. Sebab Isteri mangsa dan anak2 telah berpindah keTampin dan tinggal dengan Abang iparnya beragama Kristian untuk beberapa hari. Beberapa hari lepas Mereka telah dibawa ke rumah Ibu mertua beragama Hindu di Kuala Ina, Pulau Sebang. 29.8. Di beritahu Ibu mertua telah membawa mereka ke Johor. InsyaAllah akan dibuat susulan demi manjaga Keislaman istri Mangsa dan anak2nya.

Lepas zohor cadangnya nak mengagihkan sumbangan yang agak banyak di sekitar Kampung Seberang Batu Hampar, malangnya tak berkesampaian di sebabkan orang kampung yang nak tunjuk ada sedikit emergency. Jadi cuma dapat sampaikan sumbangan untuk dua keluarga yang telah di hubungi dan mengenali Izamri.

Mak Ck Piah yang tinggal di rumah PPRT bersama dua orang anak2nya yang x berapa cerdik. Bekerja Kampung dan mendapat bantuan JKM sebagai pendapatan isi rumah.

Zul menerima sumbangan dari wakil..... Seronok snagat dia bila tengok rombongan sampai..

Bela ayam salah satu cara menambah pendapatan/buat lauk....keluarga Cik Peah.

Lepas tu ziarah pulak kakak dgn lima anak tinggal dirumah peninggalan suami. Anak 2 menegah, 2 rendah 1 sekolah 'istemewa'. Lagi tiga anak lain x tinggal kat situ. dapat bantuan JKM RM400 utk sara hidup satu keluarga.

Depan rumah...ceria je yg tegah tu.

Lepas asar kat Kota sempat ziarah satu rumah di Kg Tiga Nenek. Rumah dari depan boleh tahan le cantik dan besar. tapi tak boleh duduk pun. Keluarga duduk kat dapurje. Tidur pun kat dapur katanya. Puan Hasnah dan suami yang bekerja kat sekolah Sawah raja. tinggal bersama anak2 yang dah besar, 6 orang semuanaya.
Dari sisi. Namak tak atap zink baru tuu.. Yang warna merah tu semua tak boleh duduk. sbb

Dari bawah rumah terus boleh nampak atap. Kalau ada lantai pun memang dah reput.. kalau ada yang sudi membantu di alu2kan.
Us Nazri tengah ber tanya khabar kat dapur, tempat tinggal aka bilk tidur.

Lain2 sumbangan telah diserahkan pada Abang Dollah Kota untk di edarkan sbb dah agak lewat..

Sekali lagi, JazakAllahukhairan Kaseera buat semua yang sudi membantu.

InsyaAllah 31.8.2010 akan ada edaran lagi. Semua dijemput sama menginsafi diri dengan menziarahi penghuni marhein di Rembau.

Catatan. Ketua Lajnah.


 

1 comment:

  1. rumah di tiga nenek ni ,, dah beberapa kali kontraktor datang buek sebut harga,,, rupa rupa nya sampai sekarang tak berbuek laie, ermmmmmm ,,,,, !!!!!!!

    ReplyDelete