Assalamualaikum..



Selamat Datang....



ke Blog Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan



PAS Kawasan Rembau, Negeri Sembilan.



Tuesday, August 31, 2010

Jejak Ukkhuwah 31.8.2010

Alhamdulillah, lepas mesyuarat semalam sempat mengedarkan sumbangan Ramadhan kepada warga kg Lada & Tanah datar Chengkau. turut menjayakan Program Us. Nazri, Kasbi, Hj. Haron dan Hj. Kassim. Org Kampung Tanah Datar.

Ziarah rumah en. Zakaria Awang, belakang masjid Tanah datar. Kena stroke dah dua tahun dan dah tak boleh kerja. Isteri kerja membantu kedai makan Cina di pekan Kota. Anak 10 orang, tapi yang masih tinggal di rumah 3 orang. Termasuk anak perempuan istemewa yang tidak bersekolah. Kalau tengok macam cerdik kalau pegi sekolah.
En. Zakaria..

Norfatihah. Nak sangat pegi sekolah.. Kesian....Kalaulah kita dapat bantu dia sekolah.
Dua orang lagi abang di atasnya bersekolah di Sek Men Kota.
Tiada mendapat apa2 bantuan kewangan setakat ni.

Pas tu ziarah Cik Kamariah, dah tua dan tinggal di rumah peninggalan orang tuanya. Mendapat bantuan saudara mara berdekatan rumah. X boleh uruskan diri sendiri pun. Ada masaalah mental. Cakap sorang2.

Cik Kamariah......

Rombongan lepastu lawat rumah en. Mahfodz, bekerja kampung, pendapatan tak menentu. Anak 13 orang, baru satu berkeluarga. 8 orang masih dibawah tanggungannya. Kalau ada yang memerlukan khidmat kerja pembersihan kws rumah,boleh hubunginya di 019 3351957. Dapat bantuan MAINS RM100 sebulan.

En. Mahfodz ..dgn Us. Nazri...

Selain itu rombongan juga ziarahi E. Mahat dgn 9 anak. Bekerja sebagai tukang kebun sekolah.

En. Mahat.. menerima sumbangan dari US. Nazri..

Rumah terakhir idi ziarahi sblm zohor. Rumah MIsliani binti Miat dgn 7 orang anak dibawah tanggungan. Tiada suami. Menumpang di surau di jadikan rumah dengan ehsan penduduk..


 Ada lagi Edisi ziarah yang lebih menarik lepas zohor.. hari Merdeka tu.  Tunggulah banyak keja lain nak buat lagi nih..

Catatan. Ketua Lajnah.

Sunday, August 29, 2010

Jejak Ukhuwah 29.8.2010

Alhamdulillah sekali lagi rombongam lajnah dapat mengedarkan sedikit sumbangan di Kampung Kundur Hilir, Kampung Batu Hampar dan Kampung Tiga Nenek.

Terima kasih pada sahabat2 yang sanggup mengorbankan masa pd hari tersebut.  Izamri, Pengarah unit Amal N9, Tn. Syed Johari, Hamizi, Abdul Roni dan Us. Nazri Yusoff. Terima kasih juga buat wakil kita di kampung Kundur Hilir yang mengatur kan program serahan untuk anak yatim dan menunjuk jalan. Tak lupa buat semua penyumbang yang merealisasikan program ini. Tanpa mereka, siapalah kita. Semoga Allah menambahkan rezeki mereka dan keluarga.

Program kat Kg. Kundur hilir bermula dgn penyerahan sumbangan kpd 6 orang anak yatim yang dikumpulkan. Lepas tu rombongan menziarahi Pak Lang Maulud yg rumahnya berdekatan dgn Masjid. Malangnya Pak lang tak de, jadi ziarah rumah je la. Pak lang ni ada dua rumah, baru dan lama. Dia boleh pilih mana dia suka nak tinggal. Tapi masih pilih nak tinggal rumah lama.

Rumah baru......

Dan rumah lama....  

Pak Lang ni tinggal berseorangan, tiada keluarga dan pendapatan. Akhirnya robongan sempat juga berjumpa Pak Lang di penghujung program agihan, tu pun sebab berhenti lama kerna ada sedikit masaalah pada kenderaan yg membawa barang sumbangan.

Izamri bersama Pak Lang...... Ala2 A. Samad Said gitu.....

Rombongan sempat juga memberikan sumbangan kepda tiga orang warga emas tetapi masih tinggal dengan keluarga. 

Kebayankan agihan terpaksa menggunakan kapcai di sebabkan kesukaran memasuki kawasan dengan kereta. ..

Sebuah rumah orang kurang upaya dan adiknya, juga di ziarahi. Rumah PPRT bersebelahan antara satu sama lain... 


Disebabkan ramai penerima yang tersenarai tiada di kediaman masing2, baki baranagan serahan diberikan kepada wakil kita di Kg Kundur Hilir untuk disampaikan.

Sebelum Zohor ada sedikit perbincangan antara rombongan mengenai Saudara baru yang meningal dunia selepas kemalangan di kota, jadi rombongan cuba menziarahi rumahnya di Pekan Pedas. Isteri mangsa dan anak2(4 orang) telah meninggal kan kediaman mereka dirumah PPRT Pedas. Ini isu besar yang perlu di ambil perhatian. Sebab Isteri mangsa dan anak2 telah berpindah keTampin dan tinggal dengan Abang iparnya beragama Kristian untuk beberapa hari. Beberapa hari lepas Mereka telah dibawa ke rumah Ibu mertua beragama Hindu di Kuala Ina, Pulau Sebang. 29.8. Di beritahu Ibu mertua telah membawa mereka ke Johor. InsyaAllah akan dibuat susulan demi manjaga Keislaman istri Mangsa dan anak2nya.

Lepas zohor cadangnya nak mengagihkan sumbangan yang agak banyak di sekitar Kampung Seberang Batu Hampar, malangnya tak berkesampaian di sebabkan orang kampung yang nak tunjuk ada sedikit emergency. Jadi cuma dapat sampaikan sumbangan untuk dua keluarga yang telah di hubungi dan mengenali Izamri.

Mak Ck Piah yang tinggal di rumah PPRT bersama dua orang anak2nya yang x berapa cerdik. Bekerja Kampung dan mendapat bantuan JKM sebagai pendapatan isi rumah.

Zul menerima sumbangan dari wakil..... Seronok snagat dia bila tengok rombongan sampai..

Bela ayam salah satu cara menambah pendapatan/buat lauk....keluarga Cik Peah.

Lepas tu ziarah pulak kakak dgn lima anak tinggal dirumah peninggalan suami. Anak 2 menegah, 2 rendah 1 sekolah 'istemewa'. Lagi tiga anak lain x tinggal kat situ. dapat bantuan JKM RM400 utk sara hidup satu keluarga.

Depan rumah...ceria je yg tegah tu.

Lepas asar kat Kota sempat ziarah satu rumah di Kg Tiga Nenek. Rumah dari depan boleh tahan le cantik dan besar. tapi tak boleh duduk pun. Keluarga duduk kat dapurje. Tidur pun kat dapur katanya. Puan Hasnah dan suami yang bekerja kat sekolah Sawah raja. tinggal bersama anak2 yang dah besar, 6 orang semuanaya.
Dari sisi. Namak tak atap zink baru tuu.. Yang warna merah tu semua tak boleh duduk. sbb

Dari bawah rumah terus boleh nampak atap. Kalau ada lantai pun memang dah reput.. kalau ada yang sudi membantu di alu2kan.
Us Nazri tengah ber tanya khabar kat dapur, tempat tinggal aka bilk tidur.

Lain2 sumbangan telah diserahkan pada Abang Dollah Kota untk di edarkan sbb dah agak lewat..

Sekali lagi, JazakAllahukhairan Kaseera buat semua yang sudi membantu.

InsyaAllah 31.8.2010 akan ada edaran lagi. Semua dijemput sama menginsafi diri dengan menziarahi penghuni marhein di Rembau.

Catatan. Ketua Lajnah.


 

Monday, August 23, 2010

Jejak Ukkhuwah Ramadhan 22.8.2010

Assalamualaikum,

Alhamdulillah semalam 22.8.2010, siri kedua penghantaran sumbangan bagi Jejak Ukkhuwah Ramadhan 2010 di kawasan kota dapat dijalankan. Siri pertama minggu lepas di Chembong bersama Yb Taufik, Rozmal dan Izamri.
Beberapa orang Ahli Lajnah Kebajikan berkesempatan hadir dengan bantuan berapa orang sahabat setempat untuk menziarahi penerima sumbangan. Yang berkesempatan hadir semalam ialah Hamizi, Shahrizal, Hj. Ramli, Hj. Mohd Nor dan Wan, ahli kat semerbok- siap bagi pick up dia lagi utk hantar sbb jalan teruk di setengah2 lalauan. Terima Kasih Wan.

Bermula solat Zohor berjamaah di Masjid Kota, pastu pack barang dan jalan.

Alhamdulillah rombongan sempat menziarahi sebanyak 22 buah rumah di Semerbok dan Sawah  Raja. Cuma terkilan sikit sebab tak berkesempatan ambil semua gambar. Cuma yg kemudian saja dua tiga buah rumah.

Paling kurang semalam ada dua penerima yg sangat bersyukur atas kedatangan kami sbb dah putus barangan keperluan dapur. Mereka menunggu bantuan JKM yg masih belum tiba. Kebanyakan mereka tidak bekerja dan cuma mangharapkan bantuan orang ramai dan JKM sahaja.



Kebanayakan penerima sumbangan adalah warga emas yang tinggal dgn anak dan cucu. 

Di Semerbok rombongan selamat mengedarkan sumbangan kepada 6 keluarga, cuma seorang dari mereka yang tersenarai dalam penerima sumbangan oleh MB N9 yang memberikan sumbangan di Masjid Semerbok 2-3 hari sebelumnya.


 

Terima kasih kepada semua sahabat yang sudi membantu. InsyaAllah hujung minggu depan kita turun lagi. Harap lebih ramai ahli dapat turun supaya lebih ramai penerima dan lebih cepat urusan pengagihan.

Sekian.
Abdul Roni.
Ketua Lajnah.