Assalamualaikum..



Selamat Datang....



ke Blog Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan



PAS Kawasan Rembau, Negeri Sembilan.



Sunday, April 24, 2011

Warga Rembau rayu sumbangan pembedahan mata

Dari Blog Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong.
Rayuan Derma dan Sumbangan Pembedahan Mata Puan Sadiah bt Idris  memohon bantuan kewangan untuk kos pembedahan matanya. Beliau memerlukan RM 6705 untuk kos rawatan tersebut.

Beliau tinggal sebatang kara di Kg Batu 17 Chembong dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Beliau boleh dihubungi di talian 06-6851681. Beliau tinggal di Rumah Rakyat Rembau (depan tanah perkuburan)


Kepada sesiapa yang simpati dan murah hati bolehlah mendermakan wang ke akaun beliau  : SADIAH BTE IDRIS : 0502-0689614-52-8 (CIMB BANK)

Maklumat lanjut di Blog Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong http://parchembong.blogspot.com/2011/04/rayuan-derma-dan-sumbangan.html

Wednesday, April 20, 2011

PAS menyantuni anak anak yatim, miskin di Rembau

PAS menyantuni anak anak yatim, miskin di Rembau


PAS beri sumbangan anak yatim, miskin merupakan tajuk akhbar Sinar Harian pada 20 April 2011. Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, YB Hj Taufek yang juga merupakan ADUN Paroi telah mengadakan lawatan serta menghulurkan sumbangan kepada anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim di Taman Desa Permai, Kundur, N.Sembilan.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke pihak pengurusan Rumah Anak Yatim tersebut iaitu ke akaun CIMB , PEYAKIN NS : 0501-0000019-10-8
Sumber dari: http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/04/pas-menyantuni-anak-anak-yatim-miskin.html

Tuesday, April 19, 2011

Rayuan sumbangan 1 kerusi roda untuk orang Rembau

Assalamualaikum.

Encik Abdullah bin Hj Mohd Nor dari No 89, Rumah Rakyat Chembong, Rembau, Negeri Sembilan amat memerlukan sebuah kerusi roda, samada yang manual atau berkuasa bateri untuk kemudahan beliau bergerak. Setakat ini permohonan beliau untuk mendapatkan sebuah kerusi roda dari agensi berkaitan belum lagi membuahkan hasil.

Kepada sesiapa yang sudi untuk menghulurkan sumbangan kepada Encik Abdullah sila salurkan derma ke akaun CIMB: 0501-000394-10-0

Sumber berita dari Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong di http://parchembong.blogspot.com/2011/04/rayuan-derma-untuk-membeli-kerusi-roda.html

Thursday, March 3, 2011

JKM BERSIKAP ‘MAIN TARIK TALI’

JKM BERSIKAP ‘MAIN TARIK TALI’
Sinar Harian 4 Mac 2011

SEREMBAN – Sepatutnya pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) datang ke rumah membuat siasatan terhadap permohonan bantuan Japri Kassim, 55, untuk anak saudaranya, Nik Airani Suraya Nik Roselan, 12, yang juga orang kurang upaya (OKU) tetapi amat dikesali dengan hanya membuat panggilan telefon, JKM terus menolak permohonannya itu.

Alasan diberikan, bapa kepada empat anak ini mempunyai pendapatan keluarga lebih daripada hak kelayakan sedangkan permohonan itu dibuat untuk anak saudaranya.

Malah permohonannya mendapatkan kad OKU pada awal Januari lalu juga masih tidak diketahui statusnya walaupun segala dokumen yang diminta sudah dihantar.

“Sepatutnya pihak JKM datang ke ke rumah melihat sendiri keadaan anak saudara saya tetapi pegawai yang dipertanggungjawabkan sekadar telefon untuk mendapatkan maklumat.

“Isteri saya sudah buat permohonan sejak tahun lalu dan pihak berkenaan kata, November nak datang buat siasatan tetapi sampai sekarang tak datang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seremban Jaya, dekat sini.

Menurutnya, terbaru adik iparnya ada menghubungi pihak JKM untuk mendapatkan status sebenar permohonan namun pegawai JKM yang dipertanggungjawabkan memaklumkan permohonan diterima tetapi status tidak diketahui, sementara permohonan kad OKU pula tidak mempunyai rekod.

Japri berkata, jika permohonannya ditolak, sepatutnya pihak JKM sudah memaklumkan ia gagal.

“Permohonan ini untuk anak saudara saya yang terlantar di rumah sejak kecil kerana menghidap penyakit celebral hydrocaepulus.

“Saya dan isteri bersedia ambil tanggungjawab menjaganya kerana emaknya ibu tunggal dan kini bekerja di Kuala Pilah,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini dia memang tidak pernah ambil tahu mengenai bantuan disediakan untuk golongan OKU dan perlunya mendaftar.

“Bagaimanapun, ada rakan dan pemimpin masyarakat yang memaklumkan bantuan disediakan untuk golongan berkenaan.

“Saya bukannya mahu besarkan isu menggunakan saluran media untuk melaporkan masalah dihadapi tetapi kecewa kerana JKM seolah-olah menafikan hak yang sepatutnya diberi untuk OKU,” katanya.

Japri berkata, jika bantuan JKM diterima, sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban ibu kanak-kanak terbabit.

“Ibunya setiap minggu ada datang menjenguk Airani dan dia juga bagi duit belanja. Anak saya pun ada membantu.

“Jika ada bantuan JKM, dapat juga beli kerusi roda, lampin pakai buang dan lain-lain,” katanya.

Justeru Japri berharap, JKM tidak terus ‘bermain tarik tali’ berhubung status permohonan mendapatkan bantuan dan mendapatkan kad OKU untuk anak saudaranya itu. 

Monday, January 24, 2011

KELUHAN PEKERJA RENDAH AWAM CABUK

KELUHAN PEKERJA RENDAH AWAM CABUK :

SEJAK kawasan sekolah di Negeri Sembilan diambil alih oleh pihak swasta, kami diarahkan berpindah.

Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Cuba anda renungkan, jika sudah jarak dari rumah ke tempat kerja 90 kilometer pergi dan balik.

Kemudian, di kiri dan kanan jalan dipenuhi ladang getah serta sawit.

Jam 6 pagi sudah keluar menaiki motosikal, jika nasib tidak bernasib baik dan motosikal rosak terpaksalah menolak jauh.

Sepatutnya kami berpindah ke tempat yang lebih dekat tetapi diarahkan pula berpindah ke tempat lebih jauh.

Pihak tertentu cuba renungkan sejenak nasib pekerja rendah awam seperti kami ini. Inilah slogan yang dilaungkan oleh pemerintah, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Kami pekerja rendah awam tertindas demi menjaga poket pihak korporat yang mendapat tender membersihkan kawasan sekolah.

- PEKERJA RENDAH AWAM CABUK